Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2024

Dia dan Egonya

 Hari ini aku mengambil cuti untuk menghantar tesis aku di Universiti Malaya. Dengan harapan menggunung supaya cepat-cepatlah tamat perjalanan Master ini. Aku terpaksa pergi ke Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mengambil tesis aku. Kerana aku tiada pilihan lain. Kedai percetakan UM di fakulti pendidikan sudah tidak mengambil tempahan. Aku juga telah menghubungi Kedai Fussa di Seri Kembangan, namun jawapan yang sama. Disebabkan terdesak, aku telah membuat keputusan untuk menjilid tesis di UKM. Berbekal duit gaji yang ada, aku memesan  e-hailing  maxim untuk sampai ke destinasi ku. Setelah hampir 20 minit menunggu, pemandu pun sampai. Seorang pak cik tua itu, keluar dari keretanya, bergerak ke arah ku sambil tersipu-sipu malu. ku sangka pak cik mahu membukakan pintu untuk ku. Namun jangkaan ku meleset.  "kat bawah ni ada tandas tak?" Aku hampir tidak mampu berkata-kata. Kerana otak ku tidak mampu merespon sesuatu yang spontan. Namun melihatkan keadaanya agak terdesa...